Hiburan

Mas Idayu Didakwa Sudah Bercerai?, Tapi Tiada Pengesahan Rasmi

DESAS-desus mengenai keretakan rumah tangga penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu kembali menjadi perhatian selepas laporan mendakwa beliau sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa.

Memetik dari laporan Utusan, spekulasi hangat di media sosial apabila beberapa sumber menyatakan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung status perkahwinan mereka.

Mas Idayu, 52, dan Sufian, yang juga penerbit eksekutif di TV3, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2022 dalam sebuah majlis gilang-gemilang selepas menjalin hubungan selama setahun.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah menafikan khabar angin mengenai keretakan rumah tangganya. Dalam kenyataan terdahulu sekitar Oktober 2022, beliau menegaskan hubungan mereka masih bahagia dan tidak wujud isu orang ketiga mahupun masalah dalaman.

Wartawan hiburan dan netizen kini menanti sebarang penjelasan daripada pihak Mas Idayu mahupun Sufian sendiri, bagi menjernihkan keadaan dan menamatkan spekulasi yang bertebaran.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Mas Idayu selepas perkahwinan pertamanya dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 yang berakhir dengan penceraian pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button