HiburanNasional

6 laporan polis dibuat berkaitan kes seksual melibatkan ‘pendakwah muda’

POLIS Selangor mengesahkan pihaknya menerima enam laporan polis berkaitan kes seksual melibatkan seorang pendakwah muda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, enam laporan itu berkaitan dengan kes rogol, cabul, seks luar tabii dan mencederakan.

“Suspek sepatutnya akan tamat reman untuk kes pertama pada esok. Namun, kita telah menerima beberapa laporan polis baharu hari ini.

“Kita akan membuat permohonan tahanan reman untuk kes-kes yang baru diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, kesemua laporan itu dibuat di Shah Alam (5) dan satu di daerah Petaling Jaya.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah kesalahan seksual iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), 353 Kanun Keseksaan (cabul), 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

Tambahnya, pihaknya turut menyeru jika terdapat mangsa-mangsa lain agar tidak berasa bimbang untuk tampil membuat laporan polis.

Pendakwah itu sebelum ini dilaporkan telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol seorang gadis.

Penahanan suspek dilakukan selepas mangsa berusia 23 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam kira-kira pukul 7.18 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam,  Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib sebelum ini berkata, mangsa telah keluar dengan suspek yang dikenali menerusi media sosial Instagram yang bernama ‘DaiSyed’ atau Syed Iqmal kira-kira pukul 8 malam pada 11 September tahun lalu.

Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3. Selepas itu, suspek telah membawa mangsa ke rumahnya di sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan.

“Semasa di rumah suspek, mangsa telah dirogol dan tidak terdaya hendak melawan. Malah, mangsa juga tidak tahu cara keluar dari tempat tersebut,” katanya.

Sebelum ditahan, pendakwah selebriti itu membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Malah, pendakwah itu juga mengakui kesal dengan dakwaan tidak berasas itu selain menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai fitnah paling buruk sepanjang kariernya. -SM

(Visited 1,563 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button