Politik

Mas Benam Rauf, Jadi KM Wanita Pertama Di Melaka

Baru sebentar tadi calon PERIKATAN NASIONAL bagi N02 Tanjung Bidara, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin diumumkan oleh Pengerusi parti gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti ini memenangi pilihan raya ini.

Penulis melihat pengumuman ini menambah derita kepada saingan beliau iaitu calon BN bagi DUN yang sama yang merupakan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sudahlah sebelum ini Mas Ermieyati dengan ‘langsinya’ pergi ke kawasan Rauf di DUN Tanjung Bidara untuk berlawan dengannya. Sekarang Mas Ermieyati diisytiharkan pula sebagai calon Ketua Menteri Melaka bagi PERIKATAN NASIONAL pula.

Tindakan Mas Ermieyati bertanding di Tanjung Bidara umpama seseorang yang mahu bertarung dengan ‘seorang gengster besar’ dengan masuk ke kampung ‘gengster’ itu sendiri dalam keadaan seluruh kampung itu adalah pengikut dan saudara mara gengster itu. Itu yang ‘langsinya’.

Tindakan berani Mas Ermieyati dikatakan telah menjatuhkan lagi ‘rating’ Rauf yang sudah sedia rendah. Rauf yang dijangka menang tipis berubah ke status tewas apabila ditentang Mas Ermieyati.

Ia umpama satu kejutan memandangkan Mas Ermieyati merupakan seorang banyak berjasa pada penduduk Parlimen Masjid Tanah termasuk di DUN Tanjung Bidara walau pun beliau penduduk DUN Ayer Limau.

Mas Ermieyati walau pun cuba diburuk-burukkan dengan imej pengkhianat Umno dan lompat parti namun beliau disayangi oleh orang ramai walau pun dalam kalangan ahli Umno sendiri.

Rauf yang terpalit dengan dakwaan terlibat dengan skandal pasir seperti yang didedahkan oleh mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron sebelum ini pula terpaksa tidak dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka daripada BN untuk mengelakkan parti itu daripada kalah besar.

Malah, Ketua Menteri Melaka sebelum ini iaitu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pula terpaksa dinamakan sebagai calon Ketua Menteri BN.

Pencalonan Sulaiman bukan sahaja melangkaui jawatan Rauf sebagai Pengerusi Perhubungan malah terpaksa melangkaui juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang turut bertanding di N11 Sungai Udang.

Pelik apabila dua pemegang jawatan tertinggi Umno ini tidak dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka walau pun kedua-duanya bertanding dalam PRN ini. Ia menunjukkan BN memang parti bermasalah dengan pemimpin yang bermasalah tambah mengurangkan selera rakyat untuk mengundi BN.

Dengan pencalonan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri Melaka untuk PERIKATAN NASIONAL telah meningkatkan imej beliau dalam kalangan pengundi. Mungkin Rauf bukan sahaja berkemungkinan kalah, tetapi dijangka kalah teruk! Dan BN juga dijangka tumbang!

PENULIS ADALAH SEORANG EDITOR DAN WARTAWAN SEBUAH AKHBAR TEMPATAN DAN PENGANALISIS POLITIK

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button