Nasional

Kejayaan UniMAP bergantung kepada mutu pengurusan – Raja Muda Perlis

Kejayaan agenda pembangunan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tahun ini dan tahun mendatang bergantung kepada mutu pengurusan universiti.

Persaingan semakin meningkat di peringkat global khususnya memerlukan banyak aspek diberi keutamaan. Di antara faktor penentu kecemerlangan organisasi terutamanya yang berorientasikan perkhidmatan adalah prestasi kualiti kakitangannya. Justeru, warga UniMAP perlu peka dan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran agar dapat memberikan perkhidmatan yang menepati kehendak semasa.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP ketika bekenan berangkat menghadiri majlis ‘Malam Ikatan Mesra UniMAP 2020’ yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar pada malam semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor universiti.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis dihadiri oleh kepimpinan tertinggi universiti terdiri daripada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Senat, Dekan serta ketua-ketua jabatan universiti berkenaan bersempena tahun baru pada setiap tahun yang pada kali ini diberikan tema ‘James Bond 007’ tersebut disambut oleh Naib Canselornya Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad dan isteri.

Tambah baginda lagi, tahun 2020 ini bakal menyaksikan kerancakan Revolusi Industri 4.0 di seluruh dunia yang memerlukan semua pihak termasuk semua di UniMAP bertindak pantas seiring pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada seluruh warga universiti serta mendoakan perjalanan UniMAP di sepanjang tahun 2020 ini berjalan lancar dan selari dengan ‘Pelan Strategik UniMAP 2025’.

Tuanku Raja Muda turut berharap sempena sambutan tahun baru 2020 bagi menandakan permulaan baru kepada arah tuju pembangunan univeriti itu segala usaha, peluang dan sokongan dicurHkan dapat membantu negara mencapai misi dan visi ke arah membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan serta kompetitif.

Di majlis tersebut baginda turut berkenan memotong kek hari keputeraan ke 52 yang jatuh pada 30 Disember yang lalu disediakan okeh pihak penganjur, begitu juga Pengerusi LPU universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff pada 18 Disember dan Naib Canselor sendiri pada 6 Januari ini.

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button