Nasionalpilihan

FELCRA umum RM183 juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022

LEBIH 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima berita gembira menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182,785,208.18 ini memanfaatkan seramai 68,437 peserta di seluruh Malaysia melibatkan 616 projek untung.

Prestasi bayaran akhir ini dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM 501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM 475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354.

Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini. Langkah FELCRA Berhad yang terus membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan dilihat mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada para peserta.

Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 diumumkan Zahid ketika menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Simpang Pertang, Jelebu hari ini.

Pada majlis tersebut juga, Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada masjid dan Pusat Tahfiz sekitar DUN Pertang sebanyak RM 86,000 dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz.

Turut diserahkan replika cek berjumlah RM80,000 bagi program Quick Win KEMAS yang melibatkan 20 peserta bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. – SM

Artikel berkaitan > Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button