Nasional

Enam bulan Pengecualian sewa untuk penyewa PPR

KERAJAAN akan memanjangkan tempoh pengecualian sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada sebulan sebelum ini enam bulan.

Pengeculian itu bagi meringankan keperitan yang dihadapi oleh golongan B40 di kawasan bandar, terutamanya mereka yang tinggal di PPR.

“Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan,” kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddn Yassin mengumumkan berita baik itu ketika membentangkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebentar tadi.

BERKAITAN:

Katanya, pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Bagi unit sewa untuk milik pula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020.

“Penangguhan pembayaran ini melibatkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit rumah. Manakala bagi Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa.

“Saya menyeru kepada  Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di negeri masing-masing,” katanya.

Katanya, kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.

Ini katanya, termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.

“Saya juga menggesa agar Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan GLC memberikan pengecualian yang sama,” katanya. – SM.

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button