KesihatanNasionalNegeri

Malaysia khususnya Perlis perlu khidmat pakar perubatan berpengetahuan terkini

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Malaysia dan Perlis khususnya amat memerlukan khidmat pakar perubatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terkini bagi merawat pesakit secara holistik.

Baginda bertitah, kapasiti penjagaan kesihatan di Perlis juga perlu terus menerus dipertingkatkan lagi agar dapat menampung peningkatan beban pesakit memandangkan penambahan populasi Perlis dan juga jangkaan kemasukan pelancong semasa kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bermula tahun hadapan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis perasmian Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and UltraSound Society Acute Medicine Congress ‘First Perlis International Acute Medicine Conference’ di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kangar.

“Kerjasama dengan negara-negara yang mempunyai tahap sistem kesihatan yang berprestasi tinggi perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk menambah baik sistem yang sedia ada,” titah Raja Muda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat merasmikan Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and UltraSound Society Acute Medicine Congress ‘First Perlis International Acute Medicine Conference’ di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari dan Presiden Malaysian Advanced Acute Internal Medicine And Ultrasound Society (MAAIMUSS), Datuk Seri Prof Dr Paras Doshi.

Persidangan ini merupakan inisiatif MAAIMUSS dengan kerjasama College of Physicians Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang bertujuan untuk mempertingkatkan taraf rawatan pesakit akut di Malaysia di kalangan doktor berkepakaran Perubatan Dalaman.

Tujuan lain termasuk menaik taraf kemahiran doktor-doktor di Malaysia menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang sudah terbukti di HTF, Perlis.

Dr. Paras dalam kata-kata aluannya, selaras dengan misi KKM untuk mencapai lebih daripada dijangka, dengan menggunakan Perubatan Akut, HTF dapat membuktikan pengurangan kemasukan pesakit ke wad sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata, pesakit juga dapat balik lebih awal hampir dua hari lebih cepat berbanding dengan dulu. Ini diikuti dengan penjimatan sebanyak RM12 juta untuk HTF.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para hadirin sempena majlis perasmian Malaysian Advanced Acute Internal Medicine and UltraSound Society Acute Medicine Congress ‘First Perlis International Acute Medicine Conference’ di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Kangar.

“Sekarang sistem ini bakal digunakan di hospital-hospital lain bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di arena antarabangsa termasuk Brunei dan Sri Lanka,” tambah beliau lagi.

Seramai lebih daripada 200 doktor dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta penceramah terkenal dari Filipina, Sri Lanka dan Singapura terlibat dalam kongres selama 3 hari 2 malam yang julung-julung kalinya diadakan di Perlis. – SM

BACA Ziarah Mahabbah perluas perkongsian kepakaran perubatan MAAIMUSS dinaungi Raja Muda Perlis

BACA Pakar perubatan China kagumi dedikasi petugas kesihatan Malaysia

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button