Rencah Hidup

Marion Caunter jelaskan kenapa sambut perayaan Krismas

Model terkenal dan juga merupakan isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Marion Caunter menjadi perbualan orang ramai apabila dia menyambut perayaan Krismas bersama suami dan anak-anaknya di rumah.

Jelas Marion, 42 tahun melalui hantaran di Instagramnya, dia menegaskan bahawa dirinya masih beragama Islam selepas berkahwin dengan SM Nasarudin pada tahun 2010.

Marion juga menjawab kritikan dari netizen bahawa perayaan Krismas sangat penting untuk dirinya memadangkan dia sudah meraikan perayaan tersebut selama 30 tahun.

“Kami sambut Krismas sebab sudah meraikannya selama 30 tahun sebelum saya berkahwin dengan Nasa, Krismas adalah sebahagian besar dan penting dalam hidup saya.

“Mendiang ayah saya akan memastikan kami sentiasa menyambut Krismas bersama setiap tahun, ia sangat bermakna buat saya malah saya akan terus menghormatinya dengan meneruskan tradisi dengan anak-anak saya”, jelasnya.

Ada di antara rakan selebriti menyokong dengan tindakan Marion namun ada juga sebahagian netizen yang yang mecadangkan agar dirinya membuat rujukan dengan golongan agamawan tentang isu tersebut.

(Visited 2,479 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button