Uncategorized

Marina ceritakan hidup sebagai anak Mahathir

ANAK bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Datin Paduka Marina Mahathir dijadual menerbitkan buku menceritakan kehidupannya sebagai anak perempuan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berkongsi di media sosialnya, Marina memaparkan kulit buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk The Apple and the Tree , Life as Dr. Mahathir’s Daughter.

Buku tersebut bakal dilancarkan pada November 2021 dan tempahan awal boleh dibuat secara dalam talian.

Marina yang dilahirkan pada 9 Jun 1957 merupakan anak sulung kepada Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Selain Marina pasangan negarawan itu mempunyai 6 anak yang lain termasuk tiga anak angkat.

Marina mendapat pendidikan di Univrsity of Sussex, London. Beliau pernah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Perancis dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Ineza.

Pada 7 Jun 1998 beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tara Sosrowardoyo yang merupakan seorang  jurugambar  profesional. Hasil perkahwinan ini, beliau mendapat dua orang anak iaitu Haga Tara ( lelaki ) dan Sharistal Maryada Sosrowardoyo yang merupakan anak perempuan.

Beliau merupakan seorang aktivis sosial di Malaysia dan mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Pada 5 Oktober 2010 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganugerahkan gelaran “Tokoh Sepanjang Tahun 2010” Marina atas kegigihan dan usahanya dalam memperjuangkan hak kaum wanita serta sentiasa lantang dalam berkempen tentang kesedaran HIV dan AIDS.

The Apple and the Tree , Life as Dr. Mahathir’s Daughter merupakan buku pertama beliau menceritakan kehidupannya sebagai anak Dr. Mahathir kepada umum.-SM

 

(Visited 607 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button