Nasional

Komisen RM500 juta fitnah untuk memburukkan Perdana Menteri

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan tuduhan menerima RM500 juta kerana membantu menyelesaikan kes berkaitan Goldman Sachs.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tuduhan itu merupakan satu fitnah untuk memburukkan parti berkenaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Terkini timbul tohmahan mengaitkan PPBM melantik ejen untuk ambil komisen daripada penyelesaian kerajaan dalam kes 1MDB. Ada juga tuduhan bahawa kerajaan tidak telus dalam menangani kes 1MDB dan Goldman Sachs.

“Saya adalah ahli Biro Politik Bersatu dan juga ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersatu.

“Saya tahu semua ini tidak berlaku. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini.

“Tidak ada ejen yang dilantik. Tidak ada komisen diterima. Ini bukan budaya kami dalam PPBM,” katanya dalam kenyataan.

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button