Luar Negara

Marah dengan majikan, wanita nekad bakar gudang minyak

Seorang wanita didakwa telah membakar gudang minyak tempat dia bekerja kerana marah terhadap bosnya.

Wanita tersebut yang bernama Ann Sriya atau Sirisini, 38, dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar sekeping kertas sebelum melemparkannya ke dalam bekas bahan api di gudang minyak Prapakorn di Thailand.

Kebakaran yang merebak ke seluruh bangunan yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak menyebabkan syarikat itu kerugian sebanyak 40 juta baht Thai (RM5 juta).

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan bebola api dan asap hitam tebal mengepul ke udara di wilayah Nakhon Pathon.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan seseorang iaitu Sriya masuk ke dalam gudang dengan sekeping kertas di tangan sebelum hilang di sebalik deretan kontena di sebuah unik rak.

Memetik laporan The Independent, Leftenan Jeneral Wilayah Thanayut Wuttijarathamron berkata, Sriya telah ditangkap di rumahnya di daerah Sam Phran.

Sriya yang didakwa kemudiannya mengaku melakukan pembakaran itu kerana tidak berpuas hati kepada bosnya yang telah memarahinya dan mempersoalkan prestasi kerjanya.

Ini merupakan kebakaran kedua di kilang itu dalam beberapa bulan ini, menurut Mejar Jeneral Chomchawin Purthananon.

“Wanita itu telah bekerja dengan Prapakorn Oil selama sembilan tahun.

“Dia berkata bosnya mengadu kepadanya dan mendesak dia setiap hari dan tidak menyangka kebakaran yang dia mulakan menyebabkan kerosakan seperti ini.” Lapor MailOnline.

Lebih 40 jentera bomba memadamkan kebakaran itu selama empat jam.

Pakar dari Unit operasi perlindugan alam sekitar juga dihantar ke lokasi kebakaran untuk memantau kualiti air di terusan Khlong Om Yai. -SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button