Nasional

Ladang solar ketiga milik Gading Kencana siap 2024

GADING Kencana Sdn. Bhd., salah satu pengendali ladang solar terbesar di Malaysia, membangunkan sebuah lagi ladang solar ketiga bernilai RM120 juta di Bidor, Perak.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntong Tobeng berkata, ladang solar ketiga milik syarikat itu yang kini dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2024.

Menurutnya, apabila siap ladang solar ketiga milik syarikatnya ia mampu membekalkan tenaga dengan kapasiti 30 megawatt mampu membekalkan tenaga kepada 18,000 rumah di sekitar Bidor.

Guntong Tobeng.

Beliau berkata, ladang solar ketiganya yang kini dalam proses pembinaan berikutan permintaan tinggi
daripada syarikat-syarikat industri terbesar di Ipoh, Tapah dan Kampar.

Beliau berkata, setakat ini syarikatnya telah mengeluarkan pelaburan modal yang tinggi bagi pembinaan ladang solar berskala besar bermula di Ayer Keroh, Melaka dan di Bidor, Perak dengan kos melebihi RM300 juta tidak termasuk ladang solar ketiga yang dalam pembinaan.

“Kita telah membangunkan ladang solar kedua di Bidor sebelum ini juga dengan kapasiti 30 megawatt dan ia telah dapat menyalurkan tenaga dengan kadar bayaran yang lebih rendah kepada pemilik industri di Perak.

“Atas permintaan itu, kita membangunkan ladang solar ketiga juga tidak jauh daripada ladang solar kedua khususnya untuk pemilik industri seperti kilang simen dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azizah Mohd. Dun yang melawat Kompleks Hijau Solar yang diuruskan Gading Kencana Sdn. Bhd. di Bandar Hijau, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Guntong Tobeng (kiri) menerangkan sesuatu kepada Azizah Mohd. Dun sewaktu melawat Kompleks Hijau Solar, di Ayer Keroh, Melaka.

Syarikat itu mula bertapak meneroka ladang solar pada tahun 2000 melalui geran Pemasaran dan Promosi Produk (PUSMA) bernilai RM20,000 daripada Mara.

Ia mula bertapak membina ladar solar pertama dengan kapisiti lapan megawatt di Ayer Keroh, Melaka pada 2014 sebelum disusuli ladang solar kedua di Bidor, Perak dengan kapasiti 30 megawatt pada 2018 dan ladang ketiga juga di Bidor dijangka siap 2024.

Mengulas lanjut Guntong yang juga Tokoh Anugerah Usahawan Mara 2017 berkata, ladang solar ketiganya apabila siap nanti akan menggunakan pelbagai peralatan moden seperti robot dan dron disamping kehadiran 20 tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Sementara itu beliau menegaskan, syarikatnya tidak bercadang untuk membina sebuah lagi ladang solar di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti lapan megawatt yang sedia ada sekarang.

“Kesukaran mencari tanah adalah antara sebab utama kita tidak bercadang untuk membina satu lagi ladang solar yang mula diterokai syarikat ini pada 2014,” ujarnya. – SM Melaka

Artikel berkaitan > “Pasang solar rumah dengan pembiayaan Affin Bank!” – Gading Kencana

Sila klik pada iklan untuk keterangan lanjut.
(Visited 841 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button