Berita

Golongan muda perlu didorong usahakan ladang secara komersial – Raja Muda Perlis

Golongan belia hendaklah sentiasa didorong untuk terus menerus menyertai sektor pertanian secara komersial dan mengambil alih operasi ladang atau melaksanakan pengurusan ladang daripada golongan berusia yang mungkin ada di antara mereka tidak lagi berdaya untuk menguruskannya secara intensif.

Oleh itu, adalah dicadangkan supaya agensi-agensi di bawah sektor pertanian hendaklah terus berganding bahu dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan sektor pertanian dengan menerokai bidang baru yang berpotensi untuk dibangunkan.

Selain daripada itu, penglibatan golongan belia juga diharap dapat mentransformasikan sektor pertanian dengan penggunaan automasi, teknologi, pendigitalan dan pertanian pintar dalam memajukan pertanian dari amalan konvesional.

Lihatlah juga kemajuan pertanian di Taiwan dan di Belanda. Walaupun negara-negara tersebut mempunyai tanah yang terhad, namun mereka berjaya menjadi negara pengeluar bunga-bungaan, sayur-sayuran dan produk pertanian yang termashyur di dunia.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000
kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Jamek Beseri untuk diagihkan oleh amilnya,
Kamaruddin Ismail.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button