Auto TravelBerita Auto

1.4 juta mentol LED terangi Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland

SIAPA yang tidak teruja mengunjungi Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland di Ayer Keroh, Melaka yang bermandikan cahaya berwarna-warni daripada 1.4 juta mentol LED yang dipasang di sekitar kawasan tersebut sempena Festival Luna Lights Wonderland.

Pesta cahaya yang diadakan di taman tema tersebut disifatkan yang terbesar pernah diadakan dengan reka bentuk yang menarik perhatian setiap pengunjung berpeluang ke sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland Theme Park and Resort, Seow Cheng Swee berkata, festival berkenaan diadakan di taman tema tersebut adalah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Keunikan seekor harimau diterangi cahaya warna-warni.

Menurutnya, pencahayaan daripada 1.4 juta mentol adalah antara tarikan utama kepada pengunjung yang datang ke taman tema tersebut.

“Pelbagai tarikan terdapat Festival Luna Lights Wonderland seperti ruang bertemakan angkasa, akuatik, haiwan, ruang berkelah LED, terowong avarta, terowong Love dan Starwars serta bermacam-macam lagi.

“Festival ini sudah bermula sejak 15 Disember lalu dan berakhir pada 8 Februari depan.

“Selain itu kita pamerkan maskot Luna dengan ketinggian 11 meter ini juga antara salah satu tarikan kepada pengunjung yang datang ke sini,” ujarnya di sini hari ini.

Pastinya ramai teruja melihat keindahan cahaya berwarna-warni yang terdapat Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh, Melaka.

Seow berkata, festival berkenaan diadakan setiap malam dengan menawarkan harga tiket yang murah iaitu RM15 untuk dewasa manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sekadar dikenakan bayaran RM8 seorang.

Katanya, taman tema tersebut adalah yang pertama mengadakan pesta cahaya terbesar setakat ini. – SM

Artikel berkaitan > Melaka akan buka lebih banyak tapak caravan

 

(Visited 876 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button