Sukan

Vivace Dream Cup penuhi impian anak-anak dalam bidang gimnastik

Kelmarin telah berlangsungnya kejohanan gimnastik Vivace Dream Cup 2023 dengan penyertaan seramai lebih 500 peserta terdiri dari anak-anak kecil dari lapan buah negara menyertai pertadingan ini bertempat di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Anak-anak kecil sukan gimnastik

Objektif utama penganjuran ini untuk mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak perempuan untuk memperkenalkan kepada ramai berkenaan sukan gimnastik malah membina keakraban para peserta dari negara-negara lain ketika bersaing antara satu sama lain.

Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Rusia, Hong Kong, Taiwan dan Thailand.

Turut dimeriahkan oleh Yb Syed Saddiq

Penganjuran kali kedua oleh Vivace Dance Academy dan ditaja oleh VSchool Trend ini mendapat sambutan yang hangat sehingga ke luar negara selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivace Dance Academy, Corine Beh penyertaan kali ini mendapat sambutan dari negara-negara jiran dan terdapat juga dari peserta dari negara Rusia.

“Saya rasa ini kali ini merupakan pengalaman yang bagus, tahun lepas penyertaan cuma 200 lebih sahaja tapi pada penyertaan kali ini seramai 500.

“Kami juga merangka mengadakan pertandingan dengan skala besar namun pada tahun depan namun perlu difikirkan tentang lokasi stadium dengan kapasiti lebih ramai dan kemudahan yang baik” katanya selepas acara penutup Vivace Dream Cup 2023.

Bagi pihak penaja, Pengarah VKids Trend, Datuk Dr. Denise Lim, percaya bahawa setiap anak kecil yang lahir mempunyai bakat terpedam oleh itu pihaknya terbuka untuk menaja dalam bidang ini demi memastikan pertandingan ini mampu menjadi acara bertaraf antarabangsa dengan penyertaan lebih banyak negara lagi.

“Setiap anak kecil mempunyai impian dan cita-cita sendiri dan mereka juga ada bakat maka mereka perlukan tempat untuk bersinar oleh itu platform ini sangat bagus untuk mereka terus menyerlah bakat, hanya pertandingan antarabangsa boleh menyerlahkan potensi anak kecil.

“Secara tidak langsung mereka boleh belajar dari negara lain dan membina keyakinan dari dalam diri, kerana sebagai penganjur utama acara ini, kami sangat sokong untuk bekerjasama dengan Vivace Dance Academy untuk menjayakan program ini supaya tiap-tiap tahun akan mengadakan acara seperti ini’’. Ujarnya
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hadir bagi sesi penutup dan penyampaian hadiah turut menyokong kejohonan ini wajar dijadikan acara tahunan dengan penyertaan lebih besar dari seluruh negara.

“Saya melihat Vivace Dream Cup 2023 sebagai satu platform terbaik untuk melahirkan ramai pelapis gimnas terbaik negara sebagai contoh Farah Ann Abdul Hadi seawal umur 4 tahun.

“Saya yakin dengan sokongan dari Kementerian dan pelbagai pihak mampu mengangkat kejohanan ini ke peringkat lebih tinggi dan bertaraf global” tambahnya.

Sokongan penuh dari Yb Syed Saddiq

Vivace Dance Academy bertujuan untuk membantu mempromosikan teknik tarian melalui program pendidikan seperti bengkel, terutamanya melalui latihan gimnastik berirama.

Selain mencipta persekitaran yang sihat dan menggalakkan, mereka percaya sesiapa sahaja boleh menari dengan latihan dan pembelajaran dari jurulatih yang tepat.

Artikle Berkaitan:>

Farah Ann ucap selamat tinggal kepada gimnastik

Farah Ann bersara kerana kecederaan

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button