Nasional

Perlu temujanji untuk buat pasport

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan membuka semula Pejabat Permohonan Pasport di semua premis Urban Transformation Centre (UTC) seluruh Malaysia mulai 15 Jun 2020.

Menurut kenyataan JIM, bagaimanapun hanya pelanggan yang mempunyai temujanji sahaja dibenarkan membuat urusan.

“Permohonan temujanji boleh dibuat melalui laman web www.sto.imi.gov.my bermula hari ini.

“Pelanggan hendaklah membuat janji temu melalui capaian tersebut bermula pukul 12 tengah hari,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, waktu operasi baharu ialah pada pukul 8 pagi hingga 9 malam untuk hari bekerja manakala hingga pukul 5 petang untuk hari minggu.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, waktu operasi bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja dan minggu. – SM

(Visited 867 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button