Nasional

Kerajaan PH sedang berusaha tingkat pertumbuhan ekonomi negara

Oleh BERNAMA 

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara bagi menjamin rakyat dapat berkongsi keuntungan yang diperoleh, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan sedar rakyat mengharapkan pembaharuan yang dijanjikan oleh PH sebelum mengambil alih kerajaan pusat dapat dilaksanakan dalam kadar segera, namun proses pelaksanaan sesuatu dasar atau pembaharuan institusi mengambil masa.

“Kami sedang bekerja keras untuk memajukan negara termasuk (meningkatkan) pertumbuhan ekonomi …apa yang kami buat adalah untuk kepentingan rakyat supaya semua orang dapat berkongsi keuntungan diperoleh (negara),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan pelajar miskin sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan di sini, hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata sebanyak 660 murid dan pelajar miskin daripada 22 sekolah di kawasan Parlimen itu telah menerima bantuan wang tunai sebanyak RM100 seorang pada tahun ini bagi membantu meringankan beban mereka membeli keperluan sekolah.

“Bantuan ini telah di berikan kepada murid miskin di kawasan Parlimen ini sejak tahun 2011 dan sehingga sekarang sebanyak RM616,000 telah dibelanjakan dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.-SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button