Jenayah

MAQIS rampas sosej daging babi bernilai RM350

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) rampas 10 kilogram sosej daging babi yang dikesan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) bernilai kira-kira RM350 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Mac lepas.

Menurut MAQIS produk sosej daging babi yang dibawa oleh seorang warga China dalam bagasi tangan telah diambil beberapa sampel untuk diuji dan didapati produk berkenaan positif ASF.

MAQIS dalam satu kenyataan media berkata prosedur ujian tersebut dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit dan dikhuatiri boleh menyebabkan industri ternakan babi negara terjejas sekiranya tidak dikawal.

“Kesemua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawaian yang telah ditetapkan” katanya.

Menurut MAQIS penyakit ASF mudah merebak dan mampu menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi sehingga 100 peratus babi peliharaan yang boleh melumpuhkan industri ternakan haiwan berkenaan dalam masa yang singkat.

Malaysia bagaimanapun melarang produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit ASF termasuk penumpang di laluan udara yang membawa bagasi tangan bagi menghalang risiko kemasukan penyakit tersebut. – Bernama – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button