Uncategorized

Pesara guru kerugian RM1.22 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

Seorang pesara guru menangung kerugian mencecah RM1.22 juta apabila wang simpanannya lesap selepas terpedaya dengan pelaburan emas dan bitcoin tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Supt Arshad Abu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, wanita berusia dalam lingkungan 70-an itu tertarik dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan melalui pelaburan yang tidak wujud itu.

Menurutnya, mangsa bersetuju menyertai kumpulan WhatsApp Kumpulan Bursa Saham pada September lalu ketika berada di rumahnya yang menawarkan bimbingan stok saham yang menguntungkan.

“Susulan itu pada 30 Oktober, mangsa dicadangkan untuk menyertai pelaburan emas dan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum diberikan pautan ‘URL’ untuk tujuan pendaftaran.

“Pengadu telah menggunakan wang simpanannya dan melakukan 29 transaksi pelaburan ke dalam lapan akaun berbeza keseluruhan berjumlah RM1,223,033 antara 14 September hingga 22 Disember 2023,” ujarnya dalam
satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, selepas wanita itu memasukan wang pelaburan tersebut dia diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang daripada keuntungan dan dijanjikan pulangan lumayan 30 kali ganda.

Menurutnya, setelah mangsa tidak dapat mengeluarkan wang tersebut barulah dia menyedari dirinya telah diperdaya.

“Wanita ini telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya. – SM

(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button