Politik

MAP ingatkan PH jangan ketepikan parti suara komuniti India

MALAYSIAN Advancement Party (MAP) mengingkatkan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mengetepikan parti itu dalam usaha menawan semula Putrajaya.

Setiausaha Agung MAP Prof. Dr. Suguman Narayanan berkata, perbincangan PH untuk mengambil semula kerajaan mesti melibatkan rakan strategi termasuk MAP.

Ingatan itu dibuat berikutan kenyataan media bersama yang dilakukan oleh Amanah dan DAP bahawa untuk merebut semula Putrajaya perlu melibatkan lima parti asal PH iaitu PKR, DAP, Amanah, Warisan dan kumpulan Bersatu yang menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Suguman menegaskan pengundi kaum India adalah penentu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan tidak seharusnya mana-mana gabungan mengetepikan undi kaum berkenaan. Dalam hal ini MAP yang menjadi suara kaum India tidak seharusnya diketepikan.

“Saya ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk merebut kembali Putrajaya atau sebarang perbincangan yang berkaitan mesti merangkumi rakan strategik PH MAP yang merupakan suara komuniti India Malaysia, yang dipimpin oleh Senator Waytha Moorthy.

“Orang India akan menjadi blok pengundian utama pada PRU15. PH, atau gabungan lain dalam hal ini, tidak boleh mengabaikan blok ini, yang penting di 64 kerusi Parlimen. Orang India dapat membuat perbezaan yang nyata di 42 kerusi tersebut dan akan menjadi penting terutama apabila terdapat perbezaan dalam undi orang Melayu,” kata Dr. Suguman.

MAP ditubuhkan oleh bekas Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) P. Waytha Moorthy.

P. Wayta Moorthi yang tidak memenangi sebarang kerusi dalam PRU-14 dilantik sebagai Senator dan kemudian menjawat jawatan sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial di bawah pentabiran Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Dr. Suguman mengingatkan, tsunami politik pada tahun 2008 tidak akan berlaku tanpa pendahulu MAP iaitu Hindraf.

Menurutnya Hindraf berperanan dalam kemenangan pembangkang pada tahun 2018 yang menurutnya belum pernah terjadi sebelumnya. Hindraf  telah mengadakan lebih daripada 200 ceramah pengundi India di 64 kerusi Parlimen dalam tempoh kempen.

Dua hari lalu Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran mengeluarkan kenyataan bersama bahawa sebarang kombinasi parti untuk memulihkan mandat rakyat mestilah membabitkan parti asal PH Plus yang mendapat undi dan sokongan rakyat pada 9 Mei 2018.

“Parti terbabit adalah AMANAH, DAP, PKR, Parti Warisan Sabah dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Sebarang perkiraan yang membabitkan Hamzah, tetapi mengenepikan WARISAN dan kumpulan Dr Mahathir adalah tidak boleh diterima dan tidak berasaskan prinsip,” kata mereka.

Pendirian bersama Amanah dan DAP itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Ser Hamzah Zainuddin baru-baru ini.-SM

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button