Kesihatan

Mansuhkan pas pengembara MySejahtera secara berperingkat

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu mengisi pas pengembara dalam aplikasi telefon MySejahtera mulai Isnin, kata menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata ini akan memudahkan mereka yang pulang ke tanah air memandangkan sistem penjagaan kesihatan awam negara kini berada pada tahap yang memuaskan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kerajaan bercadang untuk memansuhkan keperluan pas pengembara secara berperingkat bagi mereka dalam kategori lain juga.

Ini termasuk pemegang pas sosial, pelajar asing dan pemastautin tetap.

Buat masa ini, ciri pas pengembara masih akan dipaparkan pada aplikasi MySejahtera dan mesti diisi oleh pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum mereka memasuki negara ini.

Beliau berkata ciri ini membolehkan kementerian kesihatan memantau potensi kes Covid-19 dan penyakit berjangkit lain seperti cacar monyet.

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button