Nasional

Empat termasuk Azmin, Muzkhir berpotensi jadi PM

TERDAPAT sekurangnya-kurangnya empat atau lebih calon yang berpotensi menjadi perdana menteri Malaysia pada masa akan datang

Bekas perdana menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara yang disebut oleh masyarakat yang mempunyai potensi sebagai perdana menteri adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Nama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dalam senarai pilihan yang disebut oleh orang ramai sebagai calon perdana menteri.

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, dia salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu. Mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya. Tetapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan ini. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program bertajuk ‘What’s Going On Malaysia’ yang dikendalikan oleh selebriti, Harith Iskander pada malam Rabu.

Bagaimanapun menjawab soalan sama ada dia akan menjadi perdana menteri buat kali ketiga, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak mungkin akan berlaku disebabkan umurnya yang telah mencecah 96 tahun.-SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button