Lifestyle

Manjakan ratu hati seolah di resort mewah

Oleh: Nur Azreen Arifin

KUALA LUMPUR – Berada di lokasi ibu negara Kuala Lumpur, Hotel MiCasa All Suite menjanjikan pengalaman berbeza untuk ibu-ibu khususnya pada bulan Mei.

Pengurus Kanan, Pemasaran dan Operasi, Jenny Ong berkata, promosi dan pengalaman yang bakal kami berikan ini hanya berlangsung pada bulan Mei sahaja sebagai tanda menghargai para ibu juga para isteri yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak seharian.

“Walaupun kami berada di Kuala Lumpur, kami percaya lokasi kami yg agak tersorok mampu memberikan satu perasaan seolah-olah berada di resort peribadi mewah.

“Tawaran hebat ini termasuk penginapan bilik suite dengan ruang yang sangat luas untuk dua hari satu malam,” tambahnya lagi di sini hari ini.

Harga yang ditawarkan pada bulan Mei hanyalah RM488 untuk percutian dua hari satu malam termasuk menginap satu malam di Studio Superior Lanai yang boleh diakses terus ke kolam renang dan taman, set minum petang untuk dua orang, bufet sarapan untuk 2 orang, Pakej Peremajaan (bernilai RM929) percuma di Lindo Wellness untuk 2 orang dan jika buat penambahan RM250 naik taraf ke suite 2 bilik tidur.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh layari www.micasahotel.com atau hotline 0172196216. – SM

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button