NasionalPRK

Manifestasi kuasa rakyat di Tanjung Piai

KEMENANGAN Besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai merupakan menifestasi kuasa rakyat yang menolak Pakatan Harapan dan menerima Muafakat Nasional.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, biarpun terpaksa berhadapan dengan Pakatan Harapan yang menggunakan segala jentera kerajaan, namun rakyat menunjukkan bahawa mereka bijak dalam memilih.

“Pengundi Tanjung Piai sangat bijak. Mereka memilih Barisan Nasional. Justeru terima kasih rakyat dan pengundi Tanjung Piai. Kejayaan besar BN di P165 Tanjung Piai dengan undi 25,466 dan majoriti 15,086 suatu yang amat tinggi nilainya.

“Apatah lagi BN dapat mengalahkan Pakatan Harapan, yang diwakili Bersatu parti Perdana Menteri”, katan di Pontian malam tadi.

Katanya, kejayaan itu membuktikan keputusan meletakkan calon MCA di Tanjung Piai suatu tindakan yang sangat tepat dan dengan sendirinya memperlihatkan penerimaan rakyat kepada Muafakat Nasional.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada pengundi Tanjung Piai, pimpinan dan ahli UMNO di Tanjung Piai, semua bahagian di Johor, UMNO negeri seluruh negara. Tahniah kepada pimpinan tertinggi UMNO.

“Pastinya kepada pimpinan dan ahli MCA dan MIC serta parti sahabat Barisan Nasional. Dan tentunya pimpinan tertinggi dan ahli PAS serta ahli Gagasan Sejastera disemua peringkat.

“Keputusan di Tanjung Piai adalah KUASA RAKYAT. Ini gambaran jelas bahawa rakyat sudah menolak Kerajaan PH”, ujarnya.

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir pada pukul 9.16 malam, selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Bekas wakil rakyat Tanjung Piai dua penggal daripada MCA itu memperolehi 25,466 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.

Empat calon lain pula hilang wang deposit kerana memperolehi undi kurang dari satu perlapan atau 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dikira.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Parti Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi sementara calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Daripada jumlah 38,815 undi yang diterima, 595 undi ditolak manakala 30 undi tidak dikembalikan.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button