fbpx
Nasional

Mangsa hilang ditemui rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

MANGSA terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di  Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dalam keadaan rentung, tengah hari ini.

Ini menjadikan kesemua mangsa rentung seramai lima orang, kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pauzan Ahmad.

Beliau berkata mangsa itu ditemui dan dikeluarkan pada pukul 12.42 tengah hari.

“Terdapat tujuh mangsa yang terlibat, satu mangsa keluar sendiri, satu mangsa melecur sebanyak 40 peratus dikeluarkan oleh anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS) Pengerang dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

“Lima mangsa telah dikeluarkan oleh Pihak Bomba dalam keadaan rentung. Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan kekuatan 14 anggota dan dipecahkan kepada dua pasukan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Menurut beliau, operasi masih dijalankan setakat 1.15 tengah hari dengan operasi tertumpu kepada menyejukkan struktur bangunan dan saluran gas di kawasan kebakaran bagi mengelakkan api naik semula.

Kesemua mangsa dikenali sebagai Mohd Saiful Amat (selamat), Arnado Alexander (cedera 40 peratus melecur) manakala lima lagi yang dipercayai rentung dikenali sebagai Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Pada kejadian pukul 10.50 malam tadi, sebuah unit milik Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) di PIC, disahkan terbakar dan berlaku letupan sehingga mengorbankan lima nyawa setakat ini. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button