Nasional

Kerajaan beli tambahan 9 juta dos vaksin Covid-19

KERAJAAN akan membuat pembelian tambahan vaksin Covid-19 sebanyak 6 juta dos lagi.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya selepas diperkenan menjawat jawatan itu oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Suka saya umumkan pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin lagi yang akan diterima menjelang awal September 2021, sebagai satu berita baik kepada semua bersempena Bulan Kemerdekaan ini,” katanya dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri.

Ismail Sabri menegaskan strategi mengekang Covid-19 yang telah dirangka kerajaan sebelum ini juga akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau.

Malah strategi itu akan diperkasakan serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar kesihatan awam negara.

Ismail Sabri berkata, beliau akan memastikan setiap langkah intervensi dan usaha pihak kerajaan untuk menurunkan kes COVID-19 dilakukan secara lebih komprehensif.

Langkah tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan pemegang taruh, agensi kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan sistem kesihatan negara kembali stabil.

“Kita optimis melalui kejayaan program vaksinasi ini kelak, ramai yang boleh kembali menziarahi ibu bapa di kampung halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara.

“Anak muda boleh beriadah, pulang semula ke institusi pengajian tinggi, dan yang paling utama ialah anak-anak kita boleh kembali ke sekolah,” katanya.

Sasaran tersebut bukan angan-angan kosong kerana negara pernah berjaya menurunkan statistik pesakit COVID-19.

Malah fakta terkini membuktikan keberkesanan strategi apabila statistik kes harian Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa, telah menurun secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut.-SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button