NasionalUncategorized

1742 orang tidak jalani ujian saringan Covid-19 kedua

SEBANYAK 1742 orang yang telah menjalani proses kuarantin di rumah tidak melakukan ujian saringan Covid-19 yang kedua.

Kesemua yang perlu menjalani kuarantin di rumah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 kedua iaitu pada hari ke 13 sebelum dilepaskan daripada kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada polis berkenaan perkara tersebut.

“Kita mempunyai nama dan alamat kesemua mereka yang menjalani kuarantin di rumah dan perlu menjalani saringan kedua.

BACA> Aidiladha: Tiada sekatan perjalanan, hanya SOP sambutan disemak

“Nama dan alamat itu akan diberikan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan kes terbaharu Covid-19 di dalam negara, Noor Hisham memberitahu terdapat tujuh kes membabitkan empat kes import dan tiga kes penularan dalam negara.

“Empat kes import itu mendapat jangkitan dari Indonesia, Australia, Russia dan Pakistan.

“Pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,904 kes dengan jumlah kes aktif 179 kes,” katanya.
BACA> Penjara hingga 15 tahun terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian
Jelas beliau, sehingga jam 12 tengah hari ini, hanya satu kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih, di negara ini sebanyak 8,601 kes bersamaan 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambahnya, tiada pertambahan kes kematian melibatkan Covid-19 dilaporkan. -SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button