Nasional

Tiada kompromi terhadap pegawai Imigresen salah guna kuasa

Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai Imigresen yang terlibat dengan salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud menegaskan perkara itu susulan penhanan pegawai-pegawainya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada semalam.

27 pegawai Imigresen tersebut ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pemalsuan cop keselamatan imigresen.

“Penahanan mereka adalah hasil kerjasama antara pihak kami dan SPRM khususnya dalam perkongsian maklumat yang diperolehi daripada aduan orang ramai.

“Kita juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka yang akan dilaksanakan secara penuh profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangan yang menyalahgunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta dan Peraturan-peraturan Imigresen bagi tujuan kepentingan peribadi.

Ujarnya, mereka yang terlibat hendaklah bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akhirnya akan dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah.

Dalam pada itu, beliau berkata yang penahanan pegawai-pegawai itu walau bagaimanapun tidak akan menjejaskan operasi Imigresen dalam melaksanakan tugas-tugas harian.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 46 individu ditahan dan 27 daripadanya ialah pegawai Imigresen selepas terlibat dengan sindiket pemalsuan cop keluar dan masuk sempadan negara.

Difahamkan, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 46 tahun ditahan di sekitar Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching menerusi Operasi Selat.

Selain 27 pegawai Imigresen, turut ditahan ialah 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam yang dipercayai memainkan peranan sebagai orang tengah. -SM

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button