Nasional

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 37,793 orang

JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang semakin meningkat iaitu seramai 37,793 orang berbanding petang semalam seramai 32,682 orang ekoran keadaan banjir yang bertambah buruk.

Setakat pukul 8 pagi, seramai 10,228 keluarga dipindahkan ke 280 PPS di sembilan daerah berbanding semalam 8,659 keluarga.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, Kuantan mencatatkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 21,489 mangsa daripada 5,675 keluarga di 68 PPS, manakala Temerloh dan Bera merekodkan peningkatan mendadak hari ini.

“Sebanyak 67 PPS dibuka di Temerloh yang menempatkan seramai 1,960 mangsa diikuti 30 PPS di Jerantut (1,795 orang), 35 PPS di Lipis (2,084 orang), 15 PPS di Pekan (1,131 orang) dan dua PPS di Bentong (1,044 orang),” katanya.

Dalam perkembangan sama, beberapa jalan raya di Jerantut, Raub, Marang dan Lipis serta Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan air belum surut dan kerja mencuci lumpur sedang dilaksana.- SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button