BeritaEkonomi

Kelemahan kawal selia penerbangan punca penurunan taraf keselamatan udara

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengakui terdapat “beberapa kelemahan” selepas pemeriksaan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menyebabkan penurunan taraf keselamatan udara daripada Pengawal Selia Kategori Satu kepada kategori dua.

“CAAM mengakui bahawa dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawal selia penerbangan, terdapat beberapa kelemahan,” kata Pengerusi CAAM Ahmad Ridzwan Mohd Salleh dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau menambah, penurunan penilaian keselamatan itu khusus ditujukan kepada pihak berkuasa penerbangan dan bukan syarikat penerbangan tertentu.

Keputusan itu, ujar beliau, akan menjejaskan syarikat penerbangan di Malaysia kerana mereka tidak boleh menambah laluan penerbangan.

Pada masa ini hanya AirAsia yang menawarkan penerbangan ke Hawai, Amerika Syarikat.

“Pengkategorian ini bukan suatu penilaian terhadap syarikat penerbangan, lapangan terbang atau perkhidmatan trafik udara yang berada di bawah bidang kuasa CAAM.

“Bagaimanapun, kerana disenaraikan sebagai Penawal Selia Kategori Dua, syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh CAAM tidak akan dapat menambah laluan baru ke dan dari Amerika Syarikat,” katanya.

Ahmad Ridzwan berkata, CAAM akan berusaha untuk memulihkan statusnya kepada Kategori Satu.

CAAM, kta beliau, telah meminta FAA melakukan penilaian semula dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan niat untuk memulihkan status Kategori 1.

“Memandangkan sifat kritikal penerbangan, CAAM mengambil penilaian FAA secara membina dan telah bertindak untuk membuat perubahan serius dalam struktur dan operasinya.

“Ketua pegawai eksekutif CAAM telah mengemukakan peletakan jawatannya pada 1 November lalu dan sementara itu, jawatankuasa eksekutif lembaga telah ditubuhkan untuk mengawasi operasi CAAM,” katanya.

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button