Nasional

Mana pergi 214,398 warga asing, tiada rekod keluar Malaysia

SERAMAI 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia setakat 15 April lepas, demikian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ini berikutan, Sistem MyIMMs (Sistem Imigresen Malaysia) tidak dapat mengesahkan pergerakan mereka kerana berlaku masalah system down sebanyak 4,489 kali bagi tempoh 2016 hingga 2018.

“Pada pendapat Audit, sistem MyIMMs yang kerap downtime (masa rosak) dan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem boleh menjejaskan integriti data bagi rekod pergerakan keluar/masuk di pintu sempadan negara,” menurut laporan itu.

Laporan itu berkata, terdapat 29 patch on sistem lain yang berurusan dengan sistem MyIMMs menyebabkan sistem menjadi tidak stabil.

Berikutan ketidakstabilan itu, terdapat data yang telah dimasukkan oleh pegawai seperti pengesahan keluar/masuk di pintu masuk tidak dapat direkodkan oleh sistem atau tidak dapat diintegrasikan dengan sistem MyIMMs.

“Antara faktor warga asing yang masuk ke Malaysia tetapi tiada rekod keluar adalah kerana sistem mengalami masalah integrasi yang menyebabkan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem,” kata laporan itu.

Laporan itu juga mendapati daripada jumlah 214,398 warga asing berkenaan, seramai 5,750 orang telah disahkan keluar dan 8,404 orang memiliki pas jangka panjang seperti Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar dan Pas Residen.

Selain itu, seramai 1,765 orang telah diambil tindakan oleh unit penguatkuasaan manakala bagi baki seramai 198,479 orang tiada rekod keluar.

 

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button