Politik

MAMPIR gesa semua ahli parlimen junjung titah Yang di-Pertuan Agong

Para pemimpin agama Islam menggesa wakil rakyat menghentikan permainan politik sebaliknya memastikan Belanjawan 2021 berjalan lancar sebagaimana dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sekretariat Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR) terpanggil untuk menyatakan suara hati Agamawan dari pelbagai pertubuhan Ulama, Madrasah, pendakwah serta NGO Islam berkenaan dengan perkembangan tidak sihat ini.

“Perkara ini jika tidak dibendung dan dikawal, ia bakal menjerumuskan Negara dan rakyat ke dalam krisis ekonomi serta tekanan hidup yang semakin parah,” pertubuhan dalam kenyataan media.

Sebagai solidariti keprihatinan, Sekretariat MAMPIR dengan ini menuntut perkara berikut :

1. Memohon kepada semua wakil rakyat dan pemain politik untuk menjunjung Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak hentikan permainan politik dan memberi fokus kepada memastikan belanjawan 2021 berjalan lancar.

2. Memohon agar semua wakil rakyat dan pemain politik bermuhasabah dan kembali meletakkan keutamaan yang paling utama kepada kepentingan serta kebajikan rakyat dan negara dalam isu Belanjawan 2021 ini.

3. Menuntut agar semua ahli Jemaah Menteri dan wakil-wakil rakyat di Parlimen membuktikan ketulusan dalam membela rakyat dengan sanggup toleransi dan korbankan agenda parti atau peribadi bagi meluluskan Belanjawan 2021 demi kestabilan Negara dan kebajikan rakyat.

4. Sidang Parlimen Meneliti secara tuntas dan holistik, pandangan kedua-dua pihak dan juga dari pakar-pakar bidang yang bebas sebagai semak imbang dalam meluluskan Belanjawan 2021 yang benar-benar efektif dan efisien.

5. Pemimpin dan wakil rakyat harus mengutamakan prinsip “pemimpin sanggup bersusah demi rakyat” sebagai tanda Kepimpinan melalui teladan dengan tidak membiarkan rakyat menentukan nasib masing-masing dengan sumber atau cara sendiri.

6. Setelah Belanjawan 2021 di luluskan, semua pihak termasuk Institusi Raja-Raja, Ulama, Pemimpin dan komuniti masyarakat digembleng bagi mengukuhkan Dana sosial melalui pemanfaatan instrumen Zakat, Wakaf, sodaqah, hibah dan lain-lain yang sedia ada dalam Negara bagi meringankan bebanan rakyat.

7. Pihak Agamawan dan Aktivis juga menyatakan kesediaan bersama rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi dan pandemik khususnya dalam aspek pembinaan spiritual, mental, fizikal dan kemanusiaan. MAMPIR amat Menjunjung Kasih atas keperihatinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung yang telah sudi menitahkan agar segala perbalahan politik di hentikan dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan Negara agar Belanjawan 2021 diluluskan.

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button