Hiburan

Anuar Zain tidak perlukan publisiti murahan

Hentikan tohmahan tidak berasas

KALAU anda mengenali Anuar Zain, ya penyanyi lelaki popular tanah air yang duduk dalam kelasnya yang tersendiri tidak pernah mencari publisiti murahan.

Dari awal pembabitan beliau dalam bidang seni  tanah air, Anuar yang kini sudah berusia 52 tahun, tidak pernah gilakan publisiti.

Ini kerana bakat seni yang ada dalam dirinya itu amat besar dan seperkara lagi, beliau tidak pernah menumpang glamor ataupun populariti kakaknya Ziana Zain biarkan nama Ziana besar dan gah.

Segala kejayaan yang dicipta oleh Anuar adalah atas hasil usahanya sendiri.

Apatah lagi beliau tahu apa yang dimahukannya dalam setiap album ANUAR ZAIN.

Mungkin anda tidak percaya apa yang ditulis tetapi buatlah kajiselidik anda untuk mengetahui siapakah Anuar Zain ini.

Kalau setakat gosip manja bercinta dengan rakan penyanyi wanita, itu sekadar menghangatkan sedikit suasana. Bukannya betulpun.

Apatah lagi jika gosip liar yang mahu dipalitkan ke atas Anuar dan nama baiknya, keluarganya terutamanya ibu dan bapa beliau.

Tidak perlu nak mencipta gosip yang bukan-bukan dan tidak masuk dek akal tentang Anuar dan beliau sendiri bijak tidak melayan kenyataan yang bodoh daripada individu yang kurang cerdik menohmah Anuar dengan situasi yang diri Anuar Zain bukan penyanyi luar negara.

Berdekad lamanya Anuar mendambakan dirinya sebagai anak seni dan walaupun dirinya masih belum dikurniakan pangkat DATUK atau DATO, itu bukan menjadi persoalan.

Anak seni memang dianaktirikan oleh sesetengah pihak sedangkan ramai anak seni di luar sana yang seharusnya diberikan penghargaan dan pengikhtirafan atas sumbangan masing-masing dan tempoh berkurun lama sebagai penyanyi, pelakon, penggiat seni tanah air.

Anuar lebih fokus untuk menjayakan persembahan Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta” yang akan berlangsung, hanya satu malam sahaja pada 5 Mac ini bertempat di Ipoh International Convention Centre (IICC), Ipoh, Perak.

Persembahan amal yang sebenarnya, persembahan pemanas Anuar Zain adalah untuk mengutip wang bagi disalurkan kepada keluarga barisan hadapan atau frontliners di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan.

Juga hasil daripada kutipan itu nanti, kata Anuar, “Akan diserahkan kepada penggiat-penggiat seni tanah air yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan juga banjir yang berlaku, baru-baru ini.”

Persembahan amal makan malam satu malam itu anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Sdn Bhd dengan sokongan Tourism Perak (Pelancongan Negeri Perak)  adalah persembahan bertiket.

Melihatkan senarai harga tiket yang ditentukan oleh pihak penganjur (di bawah harga tiket kalau nak tonton persembahan Anuar Zain), Anuar tetap gembira dan teruja untuk mengadakan persembahan secara fizikal.

Tegas Anuar, ini persembahan amal dan segalanya akan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang mana hanya Anuar dan Pengarah Muzik, Lee Sze Wan sahaja yang terlibat.

Tidak ada pemuzik-pemuzik atau persembahan diiringi oleh pemuzik sebaliknya kata Anuar, persembahan dalam pandemik Covid-19 menggunakan muzik yang diprogram.

Itu yang menjadi fokus Anuar dan beliau juga tidak mahu menumpang populariti penyanyi-penyanyi baharu termasuk anak sepupunya, Ernie Zakri dan suami, Syamel.

“Ya mereka bagus dan lagu ciptaan mereka juga hebat Cuma saya yang kurang bernasib baik untuk berduet dengan mereka ataupun penyanyi baharu.

“Suara saya sukar untuk mencari padanan pasangan duet. Jadi, saya gembira dan seronok tengok penyanyi lain boleh berduet,” katanya.

Kehidupan peribadi Anuar Zain bukanlah tontonan masyarakat mahupun peminat. Oleh sebab itulah, sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda, beliau amat berhati-hati dan memastikan tahap kesihatan dirinya dan keluarga adalah terbaik.

Kata Anuar, beliau rindukan saat untuk memeluk ayahnya jika bertemu dengan orang tuanya itu tetapi beliau lebih praktikal dan memikirkan keselamatan ayahnya.

“Kita tidak tahu apakah kita yang membawa virus dan kalau kita pula memeluk orang tua, kemungkinan virus itu akan menjangkiti orang tua kita.

“Memang rindu nak bersalaman dan memeluk sahabat-sahabat yang rapat dengan saya tetapi saya harus memikirkan, kita hidup dalam pandemik yang akan menjadi endemik.

“Lebih baik kita berhati-hati dan sememangnya hidup mesti diteruskan dan kita perlu keluar bekerja. Asalkan kita tahu SOP dan sentiasa jaga kesihatan diri,” katanya yang akan menjalani latihan sebagai persiapan Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta”. – SM

(Visited 506 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button