JenayahNasionalNegeri

Suspek pecahkan cermin kereta ADUN Indera Kayangan diberkas

SEORANG mekanik ditahan berhubung kejadian memecahkan cermin hadapan kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling dengan membaling bata pada kira-kira pukul 2.40 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mengesahkan suspek diberkas pada pukul 4 petang ini.

Polis melakukan siasatan berhubung kes pecah cermin kereta Gan Ay Ling di rumah sewanya di Kangar.

“Hasil siasatan awal daripada saspek mengakui telah melakukan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Semasa kejadian itu, Ay Ling berkata beliau masih belum tidur kerana menyiapkan kerja.

“Saya terdengar bunyi dentuman kuat dan keluar membuka pintu untuk melihat apa yang berlaku,” katanya yang menyewa rumah seorang diri di Kangar sejak 2018.

Semasa keluar itu dia mendengar bunyi motosikal berlalu dari kawasan rumahnya yang dipercayai ada kaitan dengan kes membaling bata ke arah cermin keretanya.

Dia juga nampak sebuah bata di tepi kereta yang diguna bagi melakukan perbuatan khianat itu.

Beliau membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada pukul 9 pagi ini.

Ay Ling mengakui untuk lebih berhati-hati selepas ini kerana tidak dapat meneka apa motif suspek yang bekerja berdekatan pejabat ADUNnya. – SM

BACA Lelaki mengamuk pecahkan cermin kereta guna kayu rupanya positif dadah

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button