Berita

Malaysia tidak perlu minta maaf

Malaysia tidak perlu minta maaf atau tarik balik pendirian terhadap isu akta kerakyatan India.

Kenyataan Tun Mahathir adalah pendirian beliau bila melihat kesan yang berlaku akibat akta tersebut mendiskriminasi keseluruhan minoriti Muslim di India.

Protes yang semakin merebak melibatkan jutaan rakyat diseluruh India kini adalah gambaran keprihatinan Tun Mahathir. Ia bukan pendirian terasing hanya dari Tun Mahathir sahaja.

Sehingga ini dilaporkan lebih 20 orang yang terkorban bila polis mengguna kekerasan keatas penunjuk perasaan.

Bila pihak India memanggil Duta Besar Malaysia di India , kami berpendirian bahawa Malaysia mengambil sikap yang selaras dengan pendirian PBB yang telah mengeluarkan sikap mengenai isu Akta Kerakyatan itu yang bersifat diskriminatif kepada orang Islam.

Malah Setiausha Agong PBB Anthony Guteres juga menegur kerajaan India terhadap tindakan ganas polis India keatas penujuk perasaan dan menggesa India menjaga hak kebebasan bersuara dan layanan samarata kepada semua penganut agama.

Ini bermakna Malaysia menyuarakan sikap dunia terhadap India.

Kami berpendirian bahawa jika nasib 200 juta orang Muslim tergugat dan bakal mengalami nasib yang sama seperti Rohingya Muslim di Myanmar maka negara Islam wajar menyatakan pendirian.

Isu Akta Kerakyatan bukan sahaja memberi kesan kepada Muslim malah juga penganut agama yang lain.

Kebangkitan rakyat India kini melibatkan seluruh kaum dan penganut agama.

Mereka tahu bahawa sekarang isu agama tapi selepasnya ini akan beraleh kepada isu bahasa dan kemudian kasta.

Rakyat tahu kerajaan BJP tidak mahu rakyat membangkitkan isu kemiskinan, pengangguran, jenayah dan.kejatuhan ekonomi.

Kerajaan BJP sedang mengikuti jejak langkah Nazi German untuk menghapus satu kaum minoriti demi satu kaum minoriti. Mereka mahu menghapuskan sesuatu kaum atas asas agama.

BJP sedang menghancurkan India yang dibina sejak lebih 70 tahun yang lalu dengan menerima kehadhiran minoriti sebagai sebahgian rakyat yang hidup berdamping untuk membina India.

Rakyat India tahu kerajaan India mengalih tumpuan rakyat dari isu ekonomi dan keselamatan sosial kepada isu agama.

Sekarang sasarannya adalah kepada umat Islam, selepas ini kepada minoriti lain pula.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM )

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button