Agama

Malaysia tidak hantar jemaah haji, akur peraturan Arab Saudi

KERAJAAN Arab Saudi memutuskan untuk hanya membenarkan penduduk dan warganegara asing yang telah berada di negara itu sahaja untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui panggilan telefon hari ini.

Peraturan tersebut dibuat berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

“Justeru mewakili Kerajaan Malaysia saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442 Hijrah, akur serta menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” kata Dr. Zulkifli.

Beliau juga berkata, pihaknya akan memastikan rakyat Malaysia yang telah berada di Arab Saudi akan dipilih untuk mengerjakan ibadah haji.

Mereka akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Saya memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan rindukan dua Tanah Suci kerana terpaksa menangguhkan ibadah haji pad atahu ini.

“Keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima tetapi kita tetap yakin dengan himah di sebalik keputusan tersbeut.

“Sesungguhnya hits al-nafs (memelihara nyawa) adalah salah satu daripada prinsip maqasid syariah yang sentiasa dijunjung oleh Kerajaan Malaysia dalam mengambil sebarang keputusan,: katanya.-SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button