Nasional

Polis tahan lelaki toreh tangan kenalan kerana selisih faham

POLIS menahan seorang lelaki yang bertindak menoreh tangan kiri kenalan lelakinya dengan pisau akibat perselisihan faham, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, siasatan mendapati mangsa berusia 42 tahun berselisih faham dengan seorang lelaki yang dikenalinya berusia 36 tahun ketika berada di hadapan salun di Batu 5, Jalan Ipoh.

“Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 4 petang semalam. Punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan wang yang dibuat oleh mangsa ke atas suspek.

“Semasa pertelingkahan di tempat kejadian suspek bertindak menoreh tangan kiri mangsa dengan menggunakan sebilah pisau,” katanya dalam kenyataan.

Eng Lai berkata, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur mendapati mangsa mengalami kesan luka sedalam tiga sentimeter dan perlu menjalani pembedahan.

Katanya, suspek mempunyai tiga rekod pelbagai kesalahan jenayah lampau dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. – SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button