Nasional

Malaysia Telah Memilih, Hishammuddin Laung ‘Uraa’ Disambut Tentera Darat?

Tular satu video menunjukkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melaungkan perkataan ‘Uraa‘ dan laungan itu disambut Tentera Darat dalam satu program.

Uraa bermaksud Hore, iaitu teriakan untuk membangkitkan semangat bala tentera Rusia dan perkataan ini dilaungkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sehingga tular dalam TikTok khususnya.

Jika dipandang dari sudut lain, tindakan Hishammudin itu dengan posisinya sebagai Menteri Pertahanan, bersama pula Tentera Darat ibarat memberi ‘mesej yang tersendiri’.

Rakyat luar akan melihat seolah-olah Malaysia telah memilih menyebelahi Rusia dalam konfliknya berdepan Ukraine dalam peperangan yang mula tercetus baru-baru ini.

Apa pendapat anda tentang video yang tular ini? Kongsikan bersama Suara Merdeka!

(Visited 1,091 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button