Nasional

Malaysia tarik potensi pelaburan RM11 bilion dari UK

Malaysia boleh menjana potensi pelaburan RM11 bilion dan potensi eksport RM500 juta berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK)

“Pelaburan berpotensi melibatkan tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital, automotif, perbankan, hartanah dan sektor petrokimia.

“Manakala potensi eksport yang dijana adalah untuk peralatan dan komponen pesawat, perabot dan makanan dan minuman,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam catatan X pada Ahad.

Bagi 2024, jumlah dagangan Malaysia-UK sehingga November ialah RM15.3 bilion, dengan eksport bernilai RM7.83 bilion dan import bernilai RM7.47 bilion.

“Dari segi prestasi pelaburan, sehingga September 2024, sebanyak 486 projek pembuatan oleh syarikat UK telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan RM12.49 bilion menjana 41,630 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” tambahnya.

UK ialah rakan dagangan keempat terbesar Malaysia di Eropah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button