NasionalNegeri

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dijangka capai sasaran 3.5 juta pengunjung

JUMLAH kedatangan pelancong ke Perlis dijangka akan mencapai sasaran kepada 3.5 juta pengunjung sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024-2025).

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman, ini berdasarkan kepada indikator yang positif kerana sehingga Jun lalu jumlah pelancong ke Perlis mencapai 323, 173 orang.

Roslan melihat jualan pada salah sebuah gerai pada FKU 2023 di pekarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kangar. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

“Jumlah ini meningkat sebanyak 12 peratus berbanding Jun 2022 hanya 288, 637 orang,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Kraftangan Utara 2023 (FKU 2023) di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kangar.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Wan Badariah Wan Saad,
Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia, `Ainu Sham Ramli, dan Pengarah Kraftangan Perlis, Mohd Shahrir Mohamad Ramli.

Sebahagian dari kraf yang dijual sempena FKU 2023 di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kangar.

Roslan berkata, FKU 2023 ini juga turut menyumbang kedatangan pengunjung ke Perlis.

Katanya, selain itu ia turut memberi limpahan manfaat secara langsung kepada rantaian nilai sektor pelancongan tempatan seperti perkhidmatan hotel, inap desa, makanan dan minuman, agensi pelancongan serta pengangkutan.

Beliau berharap FKU akan disenaraikan sebagai salah satu tarikan utama dalam kalendar pelacongan negeri Perlis.

Roslan berkata, penganjuran FKU 2023 selama 10 hari ini juga menyasarkan sejumlah RM400,000 bagi nilai keseluruhan jualan menerusi penyertaan 60 usahawan kraf.

Yusran Shah (tiga dari kiri), Roslan (empat dari kiri) dan Wan Badariah (tiga dari kanan) turut mempromosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 sempena pelancaran FKU 2023 di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kangar. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

Roslan berkata, FKU 2023 amat bermakna kerana MOTAC melihat ia sebagai satu platform simulasi urus niaga yang berkesan untuk komuniti menimba pengalaman perniagaan yang sebenar.

“Komuniti yang dibangunkan dibawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) ini telah melibatkan 35 projek dari Perlis, Kedah dan Perak,” katanya.

Katanya, ia melibatkan penyertaan 492 orang komuniti merangkumi bidang tekstil hasil rimba, seramik, logam dan aneka kraf.

Pada majlis ini juga disampaikan sijil penyertaan kepada 11 peserta Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik tanah liat di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kangar, Perlis Fasa 2.

Makmal ini telah diadakan dari 18 hingga 20 September 2023 bertempat di Dewan Kayang, Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.

Juga disampaikan sijil penghargaan dan Kit Cakna Kraf kepada 3 sekolah serta sijil penghargaan kepada 12 rakan strategik FKU 2023.

FKU 2023 merupakan penganjuran julung kali diadakan di Perlis yang juga melibatkan penyertaan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak.

Tujuan FKU 2023 diadakan untuk mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat dan pelancong.

Dengan bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’, FKU 2023 menampilkan kepelbagaian produk kraf Malaysia yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyuntik pengetahuan, kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap produk kraf Malaysia selari dengan konsep FKU 2023 iaitu ‘Membudayakan Seni Kraf Malaysia’ dalam kehidupan masyarakat seharian. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button