
Malaysia, Poland kukuh kerjasama termasuk dalam bidang pertahanan
MALAYSIA dan Poland komited mengukuhkan hubungan dua hala terutama dalam aspek perdagangan dan pertahanan,
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara bidang utama adalah yang menjadi fokus termasuk perluasan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran Poland dan Eropah, serta pengukuhan eksport produk perkayuan yang bernilai tinggi.
Selain itu katanya, kedua-dua negara turut diberi perhatian ialah kerjasama dalam aspek perolehan pertahanan dan perdagangan produk kayu dan balak yang lestari,
“Dalam sidang media bersama, saya dan Presiden Andrzej Duda, menegaskan komitmen yang teguh dan berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Poland ke tahap yang lebih strategik, inklusif dan menyeluruh.
“Antara bidang utama yang menjadi fokus termasuk perluasan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran Poland dan Eropah, serta pengukuhan eksport produk perkayuan yang bernilai tinggi.
“Turut diberi perhatian ialah kerjasama dalam aspek perolehan pertahanan dan perdagangan produk kayu dan balak yang lestari, memandangkan potensi sektor ini dalam menjana nilai tambah ekonomi.
“Kami turut menyentuh tentang peluang kerjasama dalam sektor elektrik dan elektronik, termasuk pembangunan teknologi baharu seperti hidrogen hijau, selari dengan agenda kelestarian dan peralihan tenaga yang sedang dipacu di peringkat global.
“Kedudukan Poland sebagai rakan strategik Malaysia dalam Kesatuan Eropah menjadikan hubungan ini amat penting untuk terus diperkasa.
“Mengakhiri jadual urusan rasmi, kami menghadiri majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni diserikan dengan persembahan tarian tradisional serta kebudayaan pelbagai kaum yang mencerminkan keindahan, keharmonian, dan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.
“Moga hubungan Malaysia–Poland terus diperkukuh dan diperkembangkan, demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dalam jangka masa panjang,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan. – SM