Luar Negarapilihan

Orang ramai panik, selepas berlaku insiden tembakan rambang

Warga Mal Kopenhagen melalui detik-detik cemas selepas berlakunya tembakan rambang di sebuah pusat membeli belah di Kopenhangen, Denmark. Menurut CNN Indonesia, kejadian berlaku pada 3 Julai waktuk tempatan.

Menurut pihak polis tempatan, melaporkan beberapa warga tempatan telah tewas dalam penembakan yang terjadi pusat membeli-belah itu.

Setakat ini pihak polis berjaya menahan lelaki warga Denmark berusia 22 tahun, pasukan keselamatan juga tidak menolak dan mengesyaki tindakan itu kemungkinan adalah keganasan.

“Ada beberapa yang cedera dan ada juga yang tewas dalam tangkapan, pihak polis juga akan melakukan pencarian pengganas itu secara besar-besaran di seluruh Denmark” kata Ketua Inspektor Polis Soren Thomassen kepada media tempatan.

Rakaman media tempatan menunjukkan, sekumpulan orang ramai yang ketakutan berlari dari pusat membeli-belah. Dari laporan sementara, setakat ini tiada petunjuk awal bahawa penembak lain hadir. Bagaimanapun, Thamssen enggan mengulas mengenai kemungkinan motif jenayah itu.

Sementara itu, di hospital ibu negara Denmark, Rigshospitalet, telah menerima sejumlah pesakit yang disyaki menjadi mangsa tembakan untuk mendapatkan rawatan, sehinggakan pihak hospital terpaksa memanggil dokter dan jururawat tambahan.

“Orang ramai menyangka ia adalah pencuri. Kemudian saya tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dan mencampakkan diri di belakang kauter di dalam kedai,” kata seorang saksi, Rikke Levandovski, kepada penyiar TV2.

“Dia hanya menembak ke arah orang ramai, bukan di siling atau lantai,” kata Rikke. Pusat beli belah di mana kejadian itu berlaku terletak kira-kira 5 kilometer (3 batu) di selatan pusat bandar Copenhagen.

Seorang lagi saksi, Isabella, berkata dia mendengar bunyi tembakan. ‘‘Saya mendengar kira-kira sepuluh das tembakan dan kemudian berlari sepantas mungkin ke tandas. Kami masuk ke dalam tandas kecil ini di mana kami mempunyai kira-kira 11 orang” kata Isabella kepada penyiar awam DR.

Akibat insiden tembakan itu, konsert yang akan diadakan oleh penyanyi Harry Styles di Copenhagen pada malam Ahad telah dibatalkan lokasi konsert tidak jauh dari pusat membeli-belah itu.

Selain itu, acara di selatan Denmark yang merupakan sebahagian daripada perlumbaan berbasikal Tour de France juga dibtalkan. Acara itu dijadualkan dihadiri Perdana Menteri Mette Frederiksen. – SM

 

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button