Politik

Malaysia perlu pertimbag 3 faktor utama sebelum adakah pilihan raya- KJ

2 jun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu pemberita di Singapura,           Malaysia perlu menimbang tiga factok utama sebelum melaksanakan pilihan raya umum, sambal menegaskan Tarikh pembubaran Perlimen, terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri.

Tiga Faktor yang digariskannya adalah kesediaan negara berhubung kesihatan umum, momentum pemulihan ekonomi serta pertimbagan politik.

Khairy yang berada di singapura selama empat hari sejak 31 Mei 2022 menerusi program pertukaran Felow Lee Kwan Yew berkata demikian Ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu bahawa beliau tidak akan melengahkan, walau sedetik, pembubaran Perlimen sebaik saja Barisan Nasional (BN) sudah benar-benar bersedia.

“Kita perlu meneliti varian baharu untuk mengetahui gelombang jangkitan. Buat masa ini keadaan okey tetapi saya yakin bahawa ia boleh dikawal,” katanya Ketika menjelaskan mengenai factor kesihatan.

Mengenai pemulihan ekonomi, beliau berkata, Malaysia agak bernasib baik kerana ia adalah negara pengeluar meskipun Ketika ini berdepan dengan tekanan inflasi.

“Kami mempunyai minyak sawit, kami mempunyai beberapa enjin pertumbuhan yang dapat memacu ekonomi itu”, kata Khairy.

Berhubung factor pertimbagan politik, Ahli Perlimen Rembau itu berkata, BN sendiri seharusnya bersedia untukmenghadapi pilihan raya.

“Kami mahu memastikan BN sudah sedia. Bukan setakat negara sudah sedia kerana perlu ada persekitaran yang kondusif untuk berdepan pilihan raya,: katanya sambal menambah, dalam keadaan itu kita perlu melihat keseluruhan konteks pemulihan Ketika membuat perseapan menghadapi pilihan raya.

Ditanta mengenai bila pilihan raya boleh diadakan, Khairy mengulangi perdiriannya bahawa apa yang penting adalah pemulihan dalam ekonomi serta kesihatan umum.

“Perlu ada momentum. Kita baru saja melihat permulaan permulihan. Dan keduanya, adakah benar0benar ada keperluan besar untuk mengadakan pilihan raya segera. Saya tidak fikir begitu. Tapi sudah pasti ramai yang menyatakan mengenai kestabilan politik. Kemenangan mutlak. Ya, tapia pa bezanya antara pilihan raya pada tahun ini atau tahun depan?.

Khairy turut menghantar mesej tegas kepada mereka yang menyatakan ‘mari kita adakan pilihan raya sekrang’.

“Sayabtidak fikir mereka yang mahukan pilihan raya adalah orang yang memikirkan aspek membuat persiapan jentera pilihan raya dan sumber dengan orang yang betul barisan calon yang betul untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Ini bukan pilihan raya negeri. Ini pilihan raya umum. Ia perkara serius dan saya fikir PM (perdana Menteri) arif bahawa kita perlu masa untuk mempersiapkan diri kita demi negara serta parti.

“Mesej saya kepada rakyat yang juga pemimpin parti kita, yang menyatakan kita perlu engadakan pilihan raya sekarang iaitu kami hormati pandagan anda membubarkan parlimen adalah budi bicara perdana Menteri,” katanya.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button