Belang Bertempat

Gelagat pemimpin politik yang memualkan

Tok Mat atau Datuk Seri Mohamad Hasan janji untuk beri kerusi selamat kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bila sampai masa kerusi selamat tinggal diberikan kepada KJ iaitu Sungai Buloh yang merupakan kubu kuat PKR.

Pada pilihan raya lalu PKR menang denga n majoriti lebih 26,000 undi.

Dan kerusi selamat itu disapu oleh beliau. Selepas bertindak pengecut jangan terkejut, beliau menyimpan hasrat untuk menjadi perdana menteri dan mahu menjadi presiden UMNO.

Satu lagi adegan memualkan ialah UMNO terhegeh-hegeh mahukan pilihan raya diadakan tahun ini, walaupun cuaca tidak sesuai kerana hujan.

Apabila parlimen dibubar dan pengumuman calon dibuat, UMNO paling kelam-kabut.

Presiden UMNO menggunakan peluang kali ini bagi membuat pembersihan daripada musuh politik beliau.

Beliau sepatutnya meletakkan calon-calon yang boleh menang, sebaliknya meletakkan calon-calon yang kalah pada pilihan raya lalu dan yang mereka pengampu tahap dewa.

Calon yang menang digugurkan dan dicap sebagai pengkhianat. Jika mereka ini melatah menentang calon Barisan Nasional (BN) mereka akan dipecat, maka kuranglah mereka yang bakal menentang beliau pada pemilihan parti kelak.

Calon-calon yang dipilih pula diminta menandatangani sokongan Zahid sebagai perdana menteri apabila BN menang kelak.

Ini bermakna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku poster boy sudah kena game.

UMNO menafikan kandungan surat yang tersebar, dan ini bermakna memang ada surat, cuma kandungan sahaja berbeza.

Pilihan raya kali ini paling pelik kerana ia didominasi isu UMNO, berbanding pilihan raya lalu isu 1MDB menguasai ruang.

Isu-isu membabitkan UMNO ini menyebabkan rakyat semakin tawar hati dengan parti terbesar orang Melayu itu.

Jika UMNO melalui BN gagal memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, mereka akan jadi pembangkang kerana sejak awal lagi menyatakan keengganan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

 

 

 

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button