Ekonomi

Malaysia, Negara Pelopor Industri Halal dengan lebih 40 tahun pengalaman

MALAYSIA merupakan Negara Pelopor Industri Halal yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam pembangunan industri halal.

Bagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pengalaman sedia ada itu mampu perkembangkan sektor ekonomi negara.

“Sayang sekali kalau kekuatan ini tidak kita gunakan dengan menjadikan industri halal sebagai industri strategik dan berimpak tinggi untuk pertumbuhan ekonomi kita.

“Bagi melicinkan pembangunan industri halal negara, tadbir urus industri halal diletakkan di bawah Majlis Pembangunan Industri Halal yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Terdahulu Zahid turut melancarkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) yang dirangka oleh MITI dan Halal Development Corporation (HDC) bagi memangkin pertumbuhan industri halal Malaysia.

“Untuk memastikan pembangunan ekosistem halal kekal mampan, beberapa sektor ekonomi berpotensi tinggi yang mampu melonjakkan prestasi pertumbuhan industri ini akan diberi penekanan di bawah HIMP 2030.

“Antara sektor tersebut adalah perdagangan dan pelaburan, sistem kewangan Islam, Industri 4.0, pelancongan Islam dan perkhidmatan logistik,” ujar Tengku Zafrul.

MITI akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk membina ekosistem halal global yang kukuh serta mengekalkan status Malaysia sebagai Peneraju Global dalam Industri Halal. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button