Politik

Mengimbas sejarah 15 tahun lalu di United Nations

Pada tahun 2007, 15 tahun yang lalu, 4 orang Ahli Parlimen Malaysia ini ke New York menghadiri United Nations General Assembly, Ismail Sabri, Alwi Che Ahmad, Baharum dan Dr. Rahman.

Ahli Parlimen dari Bera, Pahang ; Ketereh, Kelantan ; Sekijang, Johor dan Gombak, Selangor mewakili Negara Malaysia ke UNGA 2007.

30 hari mereka berada di United Nations General Assembly mendengar ucapan daripada General Muammar Gaddafi (Libya Revolution Leader), Presiden Hugo Chaves (President of Venezuela) dan Mahmoud Ahmadinejad (President Republic of Iran) berucap dalam bahasa mereka.

Hari ini, salah seorang Ahli Parlimen tersebut kembali semula ke New York, UNGA sebagai Perdana Menteri Malaysia, *Y.A.B. Dato’ Sri Ismail Sabri.*

PM Dato’ Sri Ismail Sabri buat kali pertama hari ini, 23 September di New York, (4 pagi 24 September, waktu Malaysia) akan menyampaikan ucapan di United Nations bukan dalam bahasa Spanish, bukan dalam bahasa Arab, bukan dalam bahasa Inggeris tetapi dalam bahasa Melayu. – SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button