BeritaPendidikan

UniMAP tekankan kemandirian universiti

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberikan fokus yang tinggi mengenai ‘Teras Kelestarian Kewangannya’. Objektif utama teras ini ialah untuk kemandirian universiti, dengan cara tumpuan diberikan kepada pemerolehan endowmen dan wakaf untuk kemakmuran dan kesejahteraan universiti, mengumpul dana keusahawanan pelajar dan usaha menuju ke arah kewangan yang mampan.

Antara inisiatif utama yang pihak universiti laksanakan ialahmendapatkan dana daripada agensi yang dikenal pasti melalui aktiviti keusahawanan sosial dan keusahawanan yang berbentuk perniagaan berimpak tinggi dari dalam dan juga luar negara serta membudayakan konsep wakaf/endowmen dalam kalangan staf Universiti, pada masa yang sama menjalankan aktiviti pengumpulan dana atau ‘fundraising’

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Ulangtahun universiti berkenaan yang disambut pada hari semalam mengikut rujukan surat pelantikan Rektor pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) iaitu nama asal UniMAP sebelum ini iaitu pada 15 Februari 2002, 19 tahun yang lalu.

Menurut baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP lagi, ‘Perbezaan antara jumlah geran mengurus dan perbelanjaan mengurus perlu ditampung daripada peruntukan sumber dalaman yang dijana oleh pihak Universiti sendiri. Oleh itu, dalam usaha mencapai kemampanan kewangan, setiap Pusat Tanggungjawan di UniMAP akan bersama-sama memikirkan cara bagi membolehkan sumber kewangan dijana berdasarkan bidang dan kemahiran yang ada di Pusat Tanggungjawab masing-masing’.

‘Dari segi governan pula, Pusat-pusat Tanggungjawab ini akan berhubungan dengan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) di bawah struktur baharu yang menguruskan UniMAP@KL dan UniMAP@Kulim, serta One Stop Centre (OSC) yang berada di bawah pengurusan Pejabat Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan fasilitasi dalam perancangan masing-masing’ terang Tuanku Syed Faizuddin Putra.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button