Rencana

Tan Sri Sabbaruddin yang saya kenali…

Terima khabar yang amat sedih tadi, Tan Sri Sabbaruddin meninggal dunia di Pusat Perubatan University Malaya hari ini, jam 7.45 malam pada umur 79 tahun, akibat jangkitan Covid 19.

Tan Sri Sabbaruddin telah merancang untuk meraikan Hari Ulangtahun beliau, yang ke 80 dengan Perdana Menteri DS Ismail Sabri pada 11hb. Disember ini.

Di dalam tribute PM malam ini, DSIS menyifatkan pemergian TS Sabbaruddin sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada dirinya dan negara.

TS Sabbaruddin merupakan mentor politik PM DS Ismail Sabri. Beliau melantik DSIS sebagai Setiausaha Politik Menteri dan di lantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh, Pahang pada tahun 1987. Di sinilah bermulanya karier politik Ismail Sabri.

Saya mula kenali TS Sabbaruddin di London ketika itu dia adalah Menteri Pelancungan, Kebudayaan dan Kesenian pada tahun 1987 hingga 1999. Ketika beliau menjadi Setiausaha Agong UMNO Malaysia, saya sering berjumpa dengan beliau di London. Kebetulan ketika itu saya, Presiden Kelab UMNO London merangkap Setiausaha Agong Kelab UMNO United Kingdom & Eire.

Pernah sekali, saya bawa 100 sijil penghargaan untuk di sampaikan kepada semua pemimpin-pemimpin Kelab UMNO seluruh United Kingdom.

Tan Sri Sabbaruddin perlu tanda-tangan sijil-sijil tersebut satu persatu, ketika lawatan beliau ke United Kingdom. Walaupun esok pagi, dia perlu bertolak ke Eropah. Tan Sri tetap tanda tangan semua sijil-sijil tersebut satu persatu hingga ke malam hari. Dia kata, Saiful kau nie menyusahkan saya sahaja. Lain kali bagi tahu awal, saya bawa cop SU Agong UMNO Malaysia. Kami berdua pun ketawa mendengar gurauan Tan Sri. Dengar macam kasar. Tetapi itu sebenarnya satu gurauan. Itulah character Tan Sri. Serious but at the same time a very funny person

Ketika Tan Sri menjawat jawatan Setiausaha Agong UMNO Malaysia, hubungan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dengan Kerajaan serta UMNO Malaysia amat akrab.

Tan Sri Sabbaruddin sentiasa berjumpa dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan sering mengadakan Majlis Dialog dengan Malaysian Students Union di London.

Pelajar-pelajar Malaysia di London ketika itu, amat mengetahui bahawa Tan Sri Sabbaruddin merupakan seorang yang amat pintar dan bijak.

Di Sekolah, di Kolej dan di Universiti, Tan Sri Sabbaruddin di ketahui ramai seorang pelajar yang amat pintar. Tidak pernah dapat tempat kedua di dalam Kelas. Tetap No. 1 di dalam peperiksaan Kelas dan mendapat Ijazah 1st. Class Honours.

He never came 2nd.
He is Always at the top. No. 1.

Apabila pulang ke Malaysia, saya berkesempatan beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Sabbaruddin untuk makan tenghari atau berbuka puasa. Perjumpaan ini di atur oleh Dato’ Annuar Yunus (kini, Setiausaha Politik PM). Dulu, Annuar pernah menjadi pegawai peribadi Tan Sri Sabbaruddin ketika dia menjawat jawatan Ahli Parlimen Temerloh, Pahang (pada tahun 1982 hingga ke tahun 1999).

SUCH A HUMBLE PERSON.
SEORANG YANG AMAT MERENDAHKAN DIRI.

Tan Sri Sabbaruddin yang saya kenali, adalah seorang yang amat merendah diri. Such a humble person. Walaupun dia somebody dalam Sejarah Politik Negara, dia tidak pernah meninggi diri. Sering merendah diri dan menghormati orang lain.

Pernah satu ketika, TS Sabbaruddin datang ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk berjumpa dengan Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Noh Omar.

Pada jam 12 tengahari dia sampai. Dia telefon saya dari lobi Kementerian. Kebetulan saya sedang menghadiri Mesyuarat dengan Menteri di Aras 7. Telefon bunyi. Saya tidak kenal No. Hp. tersebut. Saya pun angkat. Hello.

TS Sabbaruddin kata, “Hello, ini Dato’ Saiful ke ? Saya, Sabbaruddin, saya ada temu-janji hendak jumpa Datuk Seri Noh Omar tengah hari ini.”

Terdetik hati saya ketika itu. Siapa Sabbaruddin ini ?

Ketika itu terlintas di hati saya ada 3 orang Sabbaruddin yang amat saya kenal.

1. Sabbaruddin, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin (Tan Sri Zam) ketika itu.

2. Sabbaruddin Tukang Kasut, seperti di dalam Film P. Ramlee.

3. Dan yang ketiga, Tan Sri Sabbaruddin Chik, bekas Menteri dan SUA UMNO Malaysia.

Hampir-hampir saya mahu bergurau, ini Sabbaruddin Tukang Kasut ke ?

Akhirnya, saya jawab, ini Tan Sri Sabbaruddin ke ?

Dia jawab, Ya. Saya Sabbaruddin.

Saya tanya lagi, Tan Sri di mana ? Dia jawab, saya di lobi.

Saya jawab, Tan Sri tunggu di situ, saya turun sekarang jemput Tan Sri.

Saya pun turun dan jemput Tan Sri. Bawa dia ke bilik menunggu, bersebelahan bilik Menteri Pertanian.

Saya turun ke Aras 7, maklum kepada Menteri kehadiran Tan Sri. Datuk Seri Noh pendekkan mesyuarat tersebut, terus ke bilik menunggu, jemput Tan Sri ke bilik Menteri. Selama lebih 1 jam mereka adakan pertemuan berbincang mengenai isu-isu berkaitan dengan Pertanian dan Industri Asas Tani serta cara terbaik untuk terus membantu Rakyat yang di dalam kesusahan, terutamanya petani, pekebun kecil dan nelayan.

Selepas pertemuan tersebut, Tan Sri mahu pulang ke lobby untuk menaiki kereta beliau. Pemandu menunggu di bawah.

Saya pun mengiringi Tan Sri Sabbaruddin dari pejabat Menteri ke Lift dan turun ke lobi Datuk Noh iring Tan Sri sehingga ke lif khas.

Tan Sri Sabbaruddin ketika itu kata kepada saya, Saiful you tidak payah hantar saya ke kereta. Kerja you banyak. Saya tahu lobi di mana.

Saya jawab, Tan Sri, ini sahajalah penghargaan yang boleh saya dan Datuk Seri Noh beri kepada Tan Sri.

Jasa Tan Sri kepada Negara dan Parti UMNO terlalu besar, terutama ketika UMNO berhadapan dengan krisis.

Tan Sri Sabbaruddin pun terus tersenyum. Kita naiki lift khas, terus ke lobi Kementerian. Panggil kereta. Tan Sri pun masuk ke kereta dan kata, terima kasih atas layanan yang sungguh istimewa walaupun saya sudah bersara dan tidak ada apa-apa. Saya jawab, jasa Tan Sri akan terus kami kenang sampai bila-bila. Dia tersenyum dan melambaikan tangan untuk beredar.

Terlalu banyak cerita menarik dengan TS Sabbaruddin Chik. Mengenai Tun Mahathir. Mengenai Parti UMNO, Kerajaan dan lain-lain. Makan tengah hari atau berbuka puasa dengan beliau merupakan detik-detik yang indah. Pelbagai cerita keluar dari Tan Sri. Apa pun segala-segalanya tinggal sebagai sejarah dan kenangan abadi.

Innalillahi wa’inna ilaihi roji’un. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan meletakkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.

SEKIAN.

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button