Nasional

Malaysia mahu angkat industri perfileman dengan kerjasama rakan ASEAN

MALAYSIA mahu meningkatkan kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara-negara ASEN dalam usaha mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multi Media, Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok, Thailand berkata, beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu.

Annuar juga mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin antara penggiat industri perfileman Malaysia dan negara-ngera ASEAN selain di China, India dan Korea.

Beliau berkata, industri perfileman negara tidak boleh tunggu rakan-rakan penggiat seni itu datang ke negara kita.

“Kita perlu bertindak secara proaktif untuk membawa industri perfileman ini ke tahap berikutnya,” katanya seperti laporan BERNAMA hari ini. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button