Nasional

Malaysia Madani konsep yang mencerminkan wajah kita

RAKYAT Malaysia meneruskan kelangsungan hidup yang jauh lebih baik di bawah Kerajaan Perpaduan berkonsepkan Malaysia Madani seperti mana yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Madani kini didukung oleh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kerana kita adalah sebuah negara yang majmuk.

Ramai juga yang sependapat bahawa konsep Malaysia Madani bersandarkan kepada manifestasi dan cita-cita bapa-bapa kemerdekaan terdahulu dan hari ini.

Konsep tersebut juga secara tidak langsung, dilihat berjaya mengembalikan wajah sebenar Malaysia.

“Apa yang kita lihat hari ini dalam Kerajaan Perpaduan ialah terjemahan kepada apa yang bapa-bapa kita dahulu impikan sewaktu mencapai kemerdekaan.

“Apa yang kita banggakan ialah kemajmukan Sabah, Sarawak, Melayu, Cina dan India.

“Itu wajah sebenar Malaysia. Itu ialah aset kita sejak sekian lama,” kata Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Omar Mokhtar.

“Kita telah puluhan tahun merdeka, tetapi kita terpaksa menginjak kebelakang untuk kita menyelesaikan isu-isu perpaduan yang sepatutnya kita sudah bergerak jauh kehadapan. Kita terperangkap dalam hal-hal itu, kalau kita biarkan itu terus berlaku kita akan rugi,” jelasnya lagi.

Sementara itu, pembentukan konsep Malaysia Madani terus diperkukuhkan dengan adanya muzik video rasmi Kerajaan Perpaduan berjudul ‘Bersama Demi Malaysia’.

Untuk makluman, video berdurasi 2.46 minit itu ada dikongsikan di akaun Facebook rasmi milik Perdana Menteri

Lirik ‘Bersama Demi Malaysia’ nukilan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pemahaman konsep Malaysia Madani menjadi lebih mudah dihadam apabila menonton muzik video yang menyelitkan elemen tonggak Malaysia Madani seperti kesejahteraan, nilai hormat dan ihsan.

Kerajaan Perpaduan yang terbentuk sejak enam bulan lalu akan kekal sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang. – SM

BACA Malaysia Madani sokong hak kebebasan bersuara media

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button